COCOPINKO
Welcome ♪
I hope you enjoy & be nice while you stay here.


SHOP WITH ME!




Promo
Now free postage for purchasing
SUCI WHITENING BAR
Yeah hurry hurry!

Order Here





FOLLOWERS
Wanna be my follower?
Just click here. Don't forget to leave your footstep. Then I can follow you back :)

2270+ Follow ♥ Me


Book Rack
Zie Fauzi
Denaihati
Perempuan Jomblo
Zalianabel
IheartOrganize
CARMONA's Home Made



Stat

Todays date:





(•̀ᴗ•́)و
Adv


Since 2008
DaisypathAnniversary tickers
Semua tentang jerawat



Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum. 

Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat. 

Bagaimana jerawat terbentuk? 
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa. 

Bagaimana ia boleh berlaku? 
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma. 

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut. 

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat? 
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja. 
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran. 
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit. 
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut. 
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. 
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman. 
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.


credit: yahoo

Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 8/14/2013


Older Post . Newer Post





  Reviews by Products
 Beauty Products:
 Homestay:
 Preloved Items:
 Automotive:



Haily Deen | email:lissa_shellys@yahoo.com  
Biz & Love | Photos | Instagram | Blogger | Malaysia | IPHONE5S



Labels:


↑ Posted by HAILYDEEN
x