COCOPINKO
Welcome ♪
I hope you enjoy & be nice while you stay here.


SHOP WITH ME!




Promo
Now free postage for purchasing
SUCI WHITENING BAR
Yeah hurry hurry!

Order Here





FOLLOWERS
Wanna be my follower?
Just click here. Don't forget to leave your footstep. Then I can follow you back :)

2270+ Follow ♥ Me


Book Rack
Zie Fauzi
Denaihati
Perempuan Jomblo
Zalianabel
IheartOrganize
CARMONA's Home Made



Stat

Todays date:





(•̀ᴗ•́)و
Adv


Since 2008
DaisypathAnniversary tickers
SWB: terima kasih kepada pengguna SWB

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membeli SWB dengan saya. Asalnya hanya untuk pakai pada diri sahaja. Tapi ramai pula yang tanya pada saya untuk beli SWB ini.  Boleh buat order sila klik di atas ya SWB.

terima kasih. 





Label: , , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 11/21/2016

Some of my routine

Antara rutin saya bersihkan muka? Hurm....
 
Sebenarnya saya tidak pernah pergi face facial.
🙄 Jaga muka sendiri la dirumah. Kadang balik kerja ter-sleeping 💤 habislah tak cuci muka. 
Keesokkan harinya, muka naik jerawat. Bila tengok secara kasar nampak muka tak kotor. Hairan kenapa muka naik jerawat. Stress!!!
Awak try ambil kapas letak kan minyak dan lap kan muka awak keseluruhan. Awak akan nampak hasilnya nanti. Seperti saya, saya kerja di bengkel tapi mostly saya di pejabat sahaja. Pandang computer dan buat kerja pejabat. Lihat hasilnya bila saya bersihkan muka dengan kapas.

 
 
Kotorkan.. erkk..!!
Mungkin kotoran ini hasil dari jalan-jalan cari makan ketika lunch break or ketika pergi kerja dan balik kerja. Who's know??
 
Saya amalkan bersihkan muka dengan kapas menggunakan minyak zaiton atau Bobbi brown Soothing cleaning oil. Selepas itu saya bersihkan muka dengan Suci Whitening Bar (SWB) dan bilas dengan air bersih.
  

Soothing Cleaning Oil




 

Label: , , , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 11/12/2015

Cara membuat pesanan (ORDER)




Assalamualaikum..

Sedikit penerangan cara membuat pesanan dan pembelian SWB 

📋Jika berminat mencuba SUCI Whitening Bar (SWB) harga seunit RM35 (SM) / RM39 (SS)

📋Anda boleh klik TO ORDER SWB dan isi form itu.

📋Saya akan send details pembayaran dan akaun.

📋Boleh transfer 💵 ke akaun maybank atau Public bank saya

📋Jika sudah buat pembayaran, 
sila send bukti pembayaran seperti photo resit bank ke email saya.

Atau

📋 Anda boleh bagi details anda untuk delivery SWB:-

1. ✒️Nama
2. 📧 Email / telephone no
3. 📮Alamat 
4. 🛍 Berapa unit SWB ? (mengikut harga SWB)


Sila send ke:-
📧 lissa_shellys@yahoo.com

📋 Tunggu saya reply, nombor akaun bank.

 

5. Snap photo bukti pembayaran atau bank slip.

Selepas itu sila send ke:-
📧 lissa_shellys@yahoo.com

📋Delivery: Dalam 5 hari waktu  bekerja melalui pos laju - Isnin hingga Jumaat

📋Delivery: Sabtu & Ahad - pejabat pos tutup penghantaran akan dibuat pada hari Isnin  berikutnya

* Sorry lambat post cara membuat order untuk SWB, saya tak sangka ramai yang berminat untuk membeli SWB.
 
Terima kasih 😘
 
Jumpa lagi 👌🏼




Label: , , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 11/06/2015

SKIN CARE: SUCI WHITENING BAR



Assalamualaikum dan Hai..

Review skin care product.

Sejak sebulan yang lepas menggunakan Suci Whitening Bar.
Boleh dikatakan Ok. Jerawat mula mengecut dan kulit muka pun tidak berminyak.
 Sekarang ini musim pun sekejap panas dan hujan. Kulit pun suka hati nak tumbuh jerawat.
 Sangat tension kalau tumbuh jerawat. Founder Suci Whitening Bar adalah kawan saya, (orangnya pun sangat cantik) dan baru mengeluarkan produk Suci Whitening Bar dan ianya buatan Malaysia.

Kalau awak terasa mahu mencuba boleh request order dengan saya.

Suci Whitening Bar ini bukan sahaja boleh digunakan di muka. Malah boleh juga digunakan di badan.
100% produk natural yang diperbuat daripada Argan dari Morocco dan 24k gold.

Jangan risau!!
Bau Suci Whitening Bar sangat la Wangi.




Kehebatan Suci Whitening Bar !

  • Mencerahkan wajah seawal 24 jam!
  • Menghilangkan parut degil di wajah dan juga badan
  • Mengubati penyakit kulit, kurap, dan kulit kering
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat
  • Menaikkan seri wajah dan anti penuaan
  • Menegangkan kulit muka






Sudah lebih 10,000 kotak terjual sejak hari pelancaran. 100% bahan semulajadi.
Selamat untuk digunakan. Bukan muka je nak putih tapi seluruh badan.




Jika berminat boleh send email kepada saya

or just click here: To Order SWB.

Then tulis kepada saya.

1. Nama 
2. Email Address 
3. Phone No.
4. Nak beli berapa unit sabun

Harga : RM35 (sm)
RM 39 (ss)
 
 
Promosi: 
 (percuma penghantaran) 
(postage free)









Label: , , , ,



♥ Untuk email 1 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 6/08/2015

Vitamin dan kesan.

 
 
Sedikit info kesihatan kat sini.
Mungkin ada yang tidak tahu apa jadi kalau terlebih ambil vitamin tertentu di dalam badan kita.
Tengok video ini.
 
 
 

 
 
 
Kalau agak beli dekat luar supplement yang tak tahu asal usul tu macam mana agaknya?
 
 
 
 
 
 

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/14/2013

DIY- HOMEMADE PIMPLE FACIAL

These are some of the facial packs to experiment with if you wish to do a long-term favor to your skin



Plum Pimple Facial

Thanks to the high anti-oxidant content plums are perfect to be embedded into a nutritive face pack recipe. Create the plum pimple facial by boiling 6 plums in a medium bowl. Let the softened plums cool down then mash them using a fork.
As a final step add 1 tsp of almond oil, you can purchase from the local drugstore. The mixture you prepared should be applied to your perfectly cleansed complexion and left on for at least 10-15 minutes. Then wash the facial off with warm water.


Avocado Yogurt Facial
Use this organic ingredient to prepare a fabulous and soothing mask. Use 1 ripe avocado and make it puree then place it into a medium bowl. Add 4 tbs of plain yogurt to the avocado and mix the ingredients to get the desired and easily applicable texture. Place it on the delicate spots or the whole face, then leave it on for at least 25-30 minutes. This is the indicated time to take full advantage of the beneficial effect of this facial. Finally wash it off with tepid water.


Orange and Yogurt Facial
Yogurt can be used in order to cleanse the pores as well as provide the skin with a pampering and nutritive treatment against acne. In the case of the orange and yogurt facial all you have to do is grab a medium sized bowl and mix 1 tsp of plain yogurt with 1 tsp of orange juice extracted from the natural fruit. The mixture should soon reach the desired texture which allows you to apply it to your skin. Leave the facial on for 15-20 minutes and finish up the soothing spa session by rinsing it off with lukewarm water.


Milk and Nutmeg Facial

Cleanse your skin from pimples and blackheads by applying this nutritive Milk and nutmeg facial. In order to achieve the desired effect mix 1 tbs of ground nutmeg and 1 tbs of milk in a medium bowl. Make sure you create a paste that can be easily applied to your skin. Keep the facial on for no less than 30-40 minutes for quick and visible results. Finally rinse the mask off with tepid water

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 9/17/2013

Resdung





Apa itu resdung??

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila
anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih
parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.


2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3.
Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.


4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.


7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Ok,
bolehlah anda share dengan diorang petua ni.


Follow my blog with Bloglovin

Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 9/13/2013

Semua tentang jerawat



Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum. 

Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat. 

Bagaimana jerawat terbentuk? 
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa. 

Bagaimana ia boleh berlaku? 
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma. 

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut. 

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat? 
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja. 
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran. 
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit. 
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut. 
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. 
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman. 
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.


credit: yahoo

Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 8/14/2013

Body oh Body

Sexy stomach have it now. I got it from magazine that I have read. :)

Sharing is caring. credit to nadnad IG. These a few parts of body.  

Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 4/17/2013

Jenis Alergi Sinar Matahari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Tak pasti kenapa dengan kulit aku, kalau lama terdedah cahaya matahari, mula lah keluar merah-merah yang menyakitkan.. Aku terjumpa satu laman web banyak info tentang kesihatan dan alergik.
Jom tambah ilmu..

.....................

Alergi sinar matahari adalah reaksi dari sistem kekebalan tubuh yang disebabkan oleh sensitivitas terhadap sinar matahari dan dikenal pula sebagai fotosensitifitas.
Para ahli belum bisa memahami penyebab alergi ini meskipun faktor keturunan dianggap sebagai kemungkinan pemicunya.

Alergi sinar matahari terjadi ketika sistem kekebalan tubuh memperlakukan kulit yang berubah akibat tersinari matahari sebagai zat asing dan memicu aktivasi mekanisme pertahanan tubuh sehingga memicu reaksi alergi.

Jenis, Gejala & Pengobatan
Terdapat empat jenis alergi matahari. Gejala dan perawatan alergi sinar matahari akan tergantung pada jenisnya.
Berikut ini adalah jenis, gejala, dan perawatan untuk alergi sinar matahari.

1. Polymorphous Light Eruption (PMLE)
Gejala PMLE meliputi gatal atau ruam seperti kulit terbakar, atau mewujud sebagai benjolan merah yang berdarah atau pecah saat kulit terkena sinar matahari.
Hal ini terjadi beberapa jam setelah paparan sinar matahari yang mungkin disertai dengan menggigil, sakit kepala, atau mual.
Masalah kulit biasanya terjadi pada bagian yang terbuka seperti leher, dada bagian atas, lengan, dan kaki bagian bawah.
Gejala ini cenderung hilang dengan sendirinya dalam beberapa hari, namun bagi sebagian yang lain gejala ini terus berulang.
Gejala ringan dapat diobati menggunakan kompres dingin atau mengguyur kulit dengan air dingin secara teratur.
Alergi yang lebih parah harus diatasi dengan obat-obatan seperti antihistamin oral, semisal difenhidramin atau klorfeniramin, atau krim anti-ruam kulit yang mengandung kortison.
Untuk kasus ekstrim, dokter biasanya meresepkan pengobatan fototerapi, di mana kulit secara bertahap dipapari sinar ultraviolet (UV) dalam dosis kecil untuk membangun ketahanan kulit terhadap sinar matahari.
Terkadang kombinasi psoralen dan sinar ultraviolet, obat antimalaria, atau tablet beta-karoten juga digunakan untuk mengobati alergi matahari jenis PMLE.

2. Actinic Prurigo
Bentuk alergi sinar matahari ini merupakan jenis PMLE yang diwariskan. Karena diwariskan, actinic prurigo terjadi sejak masa kecil atau remaja.
Actinic prurigo memiliki gejala yang sama dengan PMLE, namun dengan bintik merah terjadi lebih banyak pada wajah, dibandingkan tempat lain.
Jenis alergi sinar matahari ini dapat diobati dengan obat-obat yang termasuk dalam kortikosteroid, thalidomide, obat antimalaria, dan beta-karoten, tergantung pada tingkat keparahan alergi.

3. Photoallergic Eruption
Ketika terkena sinar matahari, kulit bereaksi dengan komponen kimia yang digunakan dalam aplikasi kulit seperti tabir surya, parfum, kosmetik, atau salep.
Akibat reaksi ini, kulit kemudian mengalami ruam merah kecil yang berisi cairan lepuh.
Ruam dapat menyebar melalui pakaian. Gejala ini muncul dengan sendirinya 2 sampai 3 hari setelah paparan sinar matahari.
Durasi photoallergic eruption tergantung pada durasi paparan dan substansi kimia yang digunakan.
Perawatan yang paling umum akan meliputi krim kortikosteroid serta dengan tidak menggunakan produk yang memicu alergi.

4. Solar Urticaria
Solar urticaria merupakan bentuk yang jarang dari jenis alergi sinar matahari dan dianggap sebagai satu-satunya bentuk sejati alergi matahari.
Jenis alergi ini mengakibatkan gatal-gatal pada kulit. Gejala akan muncul dalam beberapa menit setelah paparan sinar matahari, dan berangsur hilang dalam beberapa jam.
Untuk alergi ringan, antihistamin oral atau krim kulit anti-gatal yang mengandung kortison bisa diresepkan.
Untuk gejala berat, kombinasi psoralen dan sinar ultraviolet, obat antimalaria, atau tablet beta-karoten digunakan sebagai alternatif pengobatan.
Suplemen vitamin E, lidah buaya, dan quercetin (flavonoid) terbukti membantu menyembuhkan alergi sinar matahari.
Selain itu, tabir surya berkualitas dengan SPF tinggi harus digunakan secara teratur sebagai tindakan pencegahan alergi sinar matahari.


 
[Source: bumbata ]
 




Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 2/25/2013

PUNCA PERUT BUNCIT

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang.



Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Pertama
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua
Fakor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Ketiga
Faktor ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

keempat
Faktor bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.


kelima
Stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

keenam
Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

Label:



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 12/21/2012

Kesihatan & Masalah Dengkur

Apabila sebut fasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.
Walaupun ia dianggap perkara biasa atau lumrah di kalangan lelaki, namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan, itu bermakna seseorang itu terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang seperti yang kita fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.

1. Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3. Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, ia boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

4. Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Lakukan diagnosis skor untuk mengetahui tahap dengkur. Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit. Hantar pesakit 'sleep study', kerana ada sebuah mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.

Pembedahan dilakukan tetapi ia bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.

Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat.

Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat akibat tidur tidak cukup. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan jika masalah dengkur ini tidak berkesudahan dan menjadi lebih parah.

Credit: Yahoo News

Label: , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/16/2012

Penggemar kopi: Kesihatan & Kebaikan Kopi.

Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula,rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.


 

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/12/2012

DIY- Daun Sirih

Disini senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun sirih.


1. Batuk

Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.

2. Bronkitis

Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.


3. Menghilangkan bau badan

Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum pada waktu siang.

4. Luka bakar

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu, kemudian letakkan ke tempat luka.



5. Mimisan

Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan untuk menyumbat hidung yang berdarah.


6. Bisul

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.


7. Mata gatal dan merah

Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.


8. Koreng dan gatal-gatal

Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.


9. Menghentikan gusi berdarah

Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.


10. Sariawan

Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.


11. Menghilangkan bau mulut

Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Kemudian rendam daun sirih dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.


12. Jerawat

Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirih yang sudah ditumbuk halus dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.


13. Keputihan

Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci bahagian sulit.


14. Mengurangi ASI berlebih

Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan sapukan sedikit dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.




credit : yahoo

Label: , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 8/28/2012

Perfume Glam:New Arrival Perfumes


We are excited to announce that we are selling all brands of perfumes available in our store now. Even with such affordable prices.

Hurry get one or more while stock last.
Shop our new arrivals


blog shop: PERFUMEGLAM



Label: , , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 7/10/2012

DIY-PURI PETUA ASLI


Assalamualaikum w.b.t...
  1. Berkelemumur- 5 biji limau nipis dikisar dengan kulit. Tapis dan sapu pada kulit kepala. Perapkan seketika. Bukan sahaja melembutkan rambut tapi hilangkan kelemumur.
  2. Cerahkan Lengan- Tumbuk lumat 15 biji jintan putih dengan lima butir kapur barus, campurkan minyak zaitun sapu bawah lengan.
  3. Cantik kaki- Rendam kaki dengan air basuhan beras yg dicampurkan serbuk kunyit. Air beras dapat melembutkan kulit. Kunyit dapat menyeri warna kulit.
  4. Kempiskan perut- amalankan ketika makan tanpa selang dengan air. Maksud disini, jangan makan selepas tu terus minum. Minum selepas sejam makan lebih elok. Amalkan minum air limau nipis juga. Tapi tak elok untuk orang gastrik. Jangan minum setiap hari lah. Selang seli kan.
Okay.. Wasalam..

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 5/24/2012


Older Post





  Reviews by Products
 Beauty Products:
 Homestay:
 Preloved Items:
 Automotive:



Haily Deen | email:lissa_shellys@yahoo.com  
Biz & Love | Photos | Instagram | Blogger | Malaysia | IPHONE5S



Labels:


↑ Posted by HAILYDEEN
x