COCOPINKO
Welcome ♪
I hope you enjoy & be nice while you stay here.


SHOP WITH ME!




Promo
Now free postage for purchasing
SUCI WHITENING BAR
Yeah hurry hurry!

Order Here





FOLLOWERS
Wanna be my follower?
Just click here. Don't forget to leave your footstep. Then I can follow you back :)

2270+ Follow ♥ Me


Book Rack
Zie Fauzi
Denaihati
Perempuan Jomblo
Zalianabel
IheartOrganize
CARMONA's Home Made



Stat

Todays date:





(•̀ᴗ•́)و
Adv


Since 2008
DaisypathAnniversary tickers
Some of my routine

Antara rutin saya bersihkan muka? Hurm....
 
Sebenarnya saya tidak pernah pergi face facial.
🙄 Jaga muka sendiri la dirumah. Kadang balik kerja ter-sleeping 💤 habislah tak cuci muka. 
Keesokkan harinya, muka naik jerawat. Bila tengok secara kasar nampak muka tak kotor. Hairan kenapa muka naik jerawat. Stress!!!
Awak try ambil kapas letak kan minyak dan lap kan muka awak keseluruhan. Awak akan nampak hasilnya nanti. Seperti saya, saya kerja di bengkel tapi mostly saya di pejabat sahaja. Pandang computer dan buat kerja pejabat. Lihat hasilnya bila saya bersihkan muka dengan kapas.

 
 
Kotorkan.. erkk..!!
Mungkin kotoran ini hasil dari jalan-jalan cari makan ketika lunch break or ketika pergi kerja dan balik kerja. Who's know??
 
Saya amalkan bersihkan muka dengan kapas menggunakan minyak zaiton atau Bobbi brown Soothing cleaning oil. Selepas itu saya bersihkan muka dengan Suci Whitening Bar (SWB) dan bilas dengan air bersih.
  

Soothing Cleaning Oil




 

Label: , , , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 11/12/2015

SKIN CARE: SUCI WHITENING BAR



Assalamualaikum dan Hai..

Review skin care product.

Sejak sebulan yang lepas menggunakan Suci Whitening Bar.
Boleh dikatakan Ok. Jerawat mula mengecut dan kulit muka pun tidak berminyak.
 Sekarang ini musim pun sekejap panas dan hujan. Kulit pun suka hati nak tumbuh jerawat.
 Sangat tension kalau tumbuh jerawat. Founder Suci Whitening Bar adalah kawan saya, (orangnya pun sangat cantik) dan baru mengeluarkan produk Suci Whitening Bar dan ianya buatan Malaysia.

Kalau awak terasa mahu mencuba boleh request order dengan saya.

Suci Whitening Bar ini bukan sahaja boleh digunakan di muka. Malah boleh juga digunakan di badan.
100% produk natural yang diperbuat daripada Argan dari Morocco dan 24k gold.

Jangan risau!!
Bau Suci Whitening Bar sangat la Wangi.




Kehebatan Suci Whitening Bar !

  • Mencerahkan wajah seawal 24 jam!
  • Menghilangkan parut degil di wajah dan juga badan
  • Mengubati penyakit kulit, kurap, dan kulit kering
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat
  • Menaikkan seri wajah dan anti penuaan
  • Menegangkan kulit muka






Sudah lebih 10,000 kotak terjual sejak hari pelancaran. 100% bahan semulajadi.
Selamat untuk digunakan. Bukan muka je nak putih tapi seluruh badan.




Jika berminat boleh send email kepada saya

or just click here: To Order SWB.

Then tulis kepada saya.

1. Nama 
2. Email Address 
3. Phone No.
4. Nak beli berapa unit sabun

Harga : RM35 (sm)
RM 39 (ss)
 
 
Promosi: 
 (percuma penghantaran) 
(postage free)









Label: , , , ,



♥ Untuk email 1 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 6/08/2015

Kesihatan & Masalah Dengkur

Apabila sebut fasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah berdengkur? Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.
Walaupun ia dianggap perkara biasa atau lumrah di kalangan lelaki, namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan, itu bermakna seseorang itu terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Berdengkur menyebabkan seseorang itu tidak lena tidur malam dan sering berjaga pada waktu malam kerana pernafasan tersekat. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang seperti yang kita fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Masalah menjadi lebih teruk jika terdapat masalah jangkitan kuman di hidung dan tekak seperti selesema. Ada juga kanak-kanak yang berdengkur sejak dilahirkan kerana peti suaranya belum matang. Bagi orang dewasa, berdengkur terjadi disebabkan masalah di hidung.

1. Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3. Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur atau apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, ia boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

4. Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Lakukan diagnosis skor untuk mengetahui tahap dengkur. Masukkan kamera dari hidung ke peti suara untuk melihat tahap serius dengkuran pesakit. Hantar pesakit 'sleep study', kerana ada sebuah mesin yang mengesan dengkuran ketika pesakit tidur. Ia mengesan pergerakan tangan, kaki dan oksigen di dalam badan dan gelombang otak sewaktu tidur.

Pembedahan dilakukan tetapi ia bergantung kepada punca yang menyebabkan dengkuran. Terdapat sejenis mesin yang membantu membekalkan oksigen untuk mereka yang obes atau tidak mahu menyelesaikan masalah itu menerusi pembedahan.

Masalah berdengkur boleh membawa kepada kemalangan kerana orang berdengkur tidak mendapat tidur berkualiti. Ketika memandu, mereka mudah terlelap terutama ketika berhenti di lampu isyarat.

Ia turut menjejaskan hubungan kelamin suami isteri berikutan salah seseorang mudah penat akibat tidur tidak cukup. Ada juga yang mengambil keputusan tidur berasingan kerana tidak tahan mendengar bunyi dengkuran pasangannya.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan jika masalah dengkur ini tidak berkesudahan dan menjadi lebih parah.

Credit: Yahoo News

Label: , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/16/2012

Penggemar kopi: Kesihatan & Kebaikan Kopi.

Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula,rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.


 

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/12/2012

DIY- Daun Sirih

Disini senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun sirih.


1. Batuk

Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.

2. Bronkitis

Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.


3. Menghilangkan bau badan

Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum pada waktu siang.

4. Luka bakar

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu, kemudian letakkan ke tempat luka.



5. Mimisan

Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan untuk menyumbat hidung yang berdarah.


6. Bisul

Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.


7. Mata gatal dan merah

Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.


8. Koreng dan gatal-gatal

Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.


9. Menghentikan gusi berdarah

Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.


10. Sariawan

Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.


11. Menghilangkan bau mulut

Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Kemudian rendam daun sirih dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.


12. Jerawat

Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirih yang sudah ditumbuk halus dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.


13. Keputihan

Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci bahagian sulit.


14. Mengurangi ASI berlebih

Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan sapukan sedikit dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.




credit : yahoo

Label: , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 8/28/2012

10 tips untuk Suami Mithali..

Sekadar hiasan

Tip untuk suami, bakal suami pun elok baca untuk masa depan..Sudah baca lebih elok praktikkan..



1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah RasulAllah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.

2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. RasulAllah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yang menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.

3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia 'mengganggu' barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dan sebagainya.

4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara RasulAllah.

5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).

6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dan sebagainya.

7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yang anda telah buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.

8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yang perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.

9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. RasulAllah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.

10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud: "org yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya"

Sebagai kesimpulan: Jadi cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.


credit: sahabat email.

Label: ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 10/14/2010

Rules to break!

Hi baby!



Kenapa lelaki sahaja yang kena bertindak romantik??
Macam mana kalau kita langgar peraturan..

1. Always wait for a guy to ask you out..
Ini biasalah orang kata jangan perigi cari timba..
Bukan apa orang zaman dulu malu kalau anak dara mereka pergi terkedek-kedek kepada anak teruna.Malu muka mak bapak. Since zaman millennium ini, anak dara sudah tak kesah lagi tentang perigi cari timba. Masing-masing ada handphone, sms saja kepada teruna idaman. if he says no..apa lagi just move on..who's care!..Mungkin disebabkan kebebasan yang dimiliki mereka ini menyebabkan banyak jenayah berlaku. Terbaru kes buang bayi..tidak salah untuk menjadi perigi cari timba tetapi jagalah tingkah laku kamo.Dan cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga if dah jumpa lelaki idaman kamo.

2. A girl dengan tingkah laku sopan..be fashionably late..

Zaman merentasi zaman,anak dara sekarang lebih berani dari teruna..Dari cerita kawan aku baru sahaja pergi blind date, si teruna yang sepatutnya menjadi blind date kawanku ini menggigil bila berjumpa kawanku ini.Dalam phone kemain berani.Ya perempuan zaman sekarang lebih berani dan maju kehadapan..

3. Teruna will decide where to go..
Si anak dara..Biarlah kamo enjoy yourself by memberi cadangan ketempat yang kamo suka.Try something fun dan kamo tidak perlu untuk berhabiskan wang untuk first date.Kamo juga akan tunjukkan yang kamo juga mempunyai citarasa kamo yang tersendiri.Biar siteruna tahu akan pendirian siAnak dara.



Perempuan sekarang dah canggih..
dah boleh berdikari..
mempunyai citarasa dan pilihan masing-masing..
semangat yang tinggi.
cita-cita yang tinggi..
keinginan yang tinggi..
macam-macam tinggilah..
so tak salah rasanya perigi cari timba kan..??
tak salah kan kalau kita langgar peraturan kan..
asalkan kita pandai jaga diri kan..

Label: , ,



♥ Untuk email 0 ♥ Komen disini

↑ Posted by ♥ HAILYDEEN 8/17/2010


Older Post





  Reviews by Products
 Beauty Products:
 Homestay:
 Preloved Items:
 Automotive:



Haily Deen | email:lissa_shellys@yahoo.com  
Biz & Love | Photos | Instagram | Blogger | Malaysia | IPHONE5S



Labels:


↑ Posted by HAILYDEEN
x